PRU-13: Najib umum pembubaran Parlimen mulai hari ini
PERDANA
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen
secara langsung menerusi TV1 di Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen mulai hari ini bagi membolehkan
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khasnya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari pejabatnya, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata, pembubaran Parlimen itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mua'zam Shah pagi ini. - UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan