Tujuh `ping' tentukan lokasi
LONDON: Inmarsat dimiliki sebuah syarikat di Britain menggunakan fenomena gelombang yang ditemui pada abad ke-19 bagi melakukan analisa ke atas tujuh `ping' yang dicerap satelitnya daripada MH370 bagi menentukan lokasi terakhir pesawat itu.
Penemuan itu kemudiannya membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 yang dikesan di tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Dalam tempoh isyarat yang dipancarkan ke satelit dan sudut pendakian pesawat, Inmarsat dapat memberikan dua kemungkinan lengkok penerbangan iaitu sama ada ke utara atau selatan.
Menurut jurucakap syarikat itu, saintis Inmarsat kemudian melakukan siasatan terhadap kesemua `ping' berkenaan menggunakan teknik kesan `Doppler', yang akan menjelaskan bagaimana gelombang mengubah frekuensi terhadap `pemerhati' iaitu satelit.
Menurutnya, Badan Siasatan Nahas Udara Britain turut terbabit melakukan analisis terhadap kesemua `ping' berkenaan.
Katanya, contoh kesan `Doppler' paling hampir adalah siren kereta peronda polis yang berubah apabila ia menghampiri atau memintas `pemerhati'
Ketua Komunikasi Korporat Inmarsat pula berkata, Jonathan Sinnatt berkata: “Kami kemudian mengambil data yang diperoleh daripada pesawat dan melakukan `plot' ke atas dua lengkok itu dan hasilnya kami mendapati pesawat itu terbang ke arah selatan.”
Katanya, syarikat itu kemudian melakukan perbandingan antara penerbangan teori pesawat dengan data yang diterima daripada Boeing 777s yang pernah menggunakan laluan sama dan hasilnya memang padan.
Keputusan itu kemudiannya diserahkan kepada satu syarikat satelit lain untuk diperiksa sebelum diberikan kepada penyiasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/25
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan