Selasa, 25 Mac 2014

Tujuh `ping' tentukan lokasi

Tujuh `ping' tentukan lokasi

 

 

LONDON: Inmarsat dimiliki sebuah syarikat di Britain menggunakan fenomena gelombang yang ditemui pada abad ke-19 bagi melakukan analisa ke atas tujuh `ping' yang dicerap satelitnya daripada MH370 bagi menentukan lokasi terakhir pesawat itu.

Penemuan itu kemudiannya membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 yang dikesan di tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Kesemua `ping' yang dicerap itu dihantar secara automatik setiap sejam selepas sistem komunikasi pesawat tidak lagi berfungsi, yang menunjukkan ia masih lagi terbang beberapa jam selepas hilang daripada radar dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Dalam tempoh isyarat yang dipancarkan ke satelit dan sudut pendakian pesawat, Inmarsat dapat memberikan dua kemungkinan lengkok penerbangan iaitu sama ada ke utara atau selatan.

Menurut jurucakap syarikat itu, saintis Inmarsat kemudian melakukan siasatan terhadap kesemua `ping' berkenaan menggunakan teknik kesan `Doppler', yang akan menjelaskan bagaimana gelombang mengubah frekuensi terhadap `pemerhati' iaitu satelit.

Menurutnya, Badan Siasatan Nahas Udara Britain turut terbabit melakukan analisis terhadap kesemua `ping' berkenaan.

Katanya, contoh kesan `Doppler' paling hampir adalah siren kereta peronda polis yang berubah apabila ia menghampiri atau memintas `pemerhati'

Ketua Komunikasi Korporat Inmarsat pula berkata, Jonathan Sinnatt berkata: “Kami kemudian mengambil data yang diperoleh daripada pesawat dan melakukan `plot' ke atas dua lengkok itu dan hasilnya kami mendapati pesawat itu terbang ke arah selatan.”

Katanya, syarikat itu kemudian melakukan perbandingan antara penerbangan teori pesawat dengan data yang diterima daripada Boeing 777s yang pernah menggunakan laluan sama dan hasilnya memang padan.

Keputusan itu kemudiannya diserahkan kepada satu syarikat satelit lain untuk diperiksa sebelum diberikan kepada penyiasat.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/25

Sumber 

Ahad, 23 Mac 2014

MH370: Pesawat SAR kesan palet kayu, tali pinggang di Lautan Hindi


MH370: Pesawat SAR kesan palet kayu, tali pinggang di Lautan Hindi 

 2014/03/23 - 15:12:28 PM

 

 PERTH: Pegawai Australia berkata, sebuah pesawat yang terbabit dalam misi mencari pesawat MH370 mengesan palet kayu bersama tali pinggang atau pengikat dikesan di kawasan terpencil di Lautan Hindi.

Objek itu dikesan oleh pesawat awam yang membantu dalam misi berkenaan semalam.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkan bahawa "objek pertama ketika pencarian secara visual setakat ini'.


"Sebahagian daripada objek itu ialah palet kayu dan sejumlah barangan lain serta tali pinggang berlainan warna di keliling dan tali pengikat berlainan ukuran," kata Penyelaras Operasi pesawat AMSA, Mike Barton. - AFP


Sumber

 

Ahad, 9 Mac 2014

Ada kemungkinan MH370 berpatah balik

Ada kemungkinan MH370 berpatah balik

SEPANG 9 Mac - Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik dalam perjalanan ke Beijing.
"Kita telah lihat rekod radar, ada kemungkinan pesawat ini berpatah balik. Kita masih memeriksa dengan agensi antarabangsa lain, ada kemungkinan pesawat berpatah balik ke KLIA," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.



Rabu, 4 Disember 2013

Paul Walker crash on video

Paul Walker crash on video






Security video has captured the moment of impact in the fiery car crash that killed ''Fast and Furious'' star Paul Walker and one other person.

Isnin, 25 November 2013

Tidur dan kafein untuk tubuh cergas

Tidur dan kafein untuk tubuh cergas



KOMBINASI tidur yang berkualiti dan pengambilan minuman berkafein dapat meningkatkan keupayaan tubuh ke tahap yang lebih optimum.

Pakar Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Australia Selatan, Dr. Jill Dorian berkata, strategi itu dapat mengatasi keletihan dan tekanan akibat waktu kerja yang panjang.

“Sekiranya anda minum secawan kopi dan tidur selama 20 minit selepas itu, kesan kafein akan dirasai ketika bangun. Anda akan berasa lebih segar,” katanya.

Menurut Dorian, kecergasan tubuh juga dipengaruhi oleh pola tidur yang baik.

Oleh itu, beliau menyarankan supaya orang ramai memanfaatkan waktu tidur dengan tidak menonton televisyen, membaca atau melakukan kerja-kerja pejabat.

“Membaca hanya dibenarkan jika anda sukar untuk tidur tetapi bukan sebagai rutin sebelum tidur,” katanya.

Selasa, 29 Oktober 2013

Jumaat, 25 Oktober 2013

Bajet 2014: Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam

Bajet 2014: Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November ini.

Perdana Menteri berkata pada Julai lepas, kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum. - BERNAMA

Bajet 2014: BR1M dinaikkan kepada RM300 dan RM650

Bajet 2014: BR1M dinaikkan kepada RM300 dan RM650


KUALA LUMPUR 25 Okt. - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

"Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan mencadangkan caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

"Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 akan menikmati bantuan sebanyak RM700," katanya.
NaJib berkata bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 yang menerima bantuan BR1M sebanyak RM450, juga akan menerima caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.

Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 ini, kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima.

BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada tahun lepas, BRIM 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini sebanyak RM250. - BERNAMA